Selamat Datang Ke Al-Kesah K-Rol 32....Kalau Rasa Syok....Follow2 Lah Ye....Nak Komen Panjang Berjela Pon Boleh....huhu

jom karaoke sekali..flashlight-jessie j..

Monday, January 28, 2013

satu perkongsian

assalamualaikum

bismillahirrahmanirrahim..semoga Allah permudahkan jalan bagi kita untuk kesyurgaNya..oleh sebab isu semasa yang timbul mengenai hal murtad dan penghinaan terhadap agama Islam..saya sedikit sebanyak ingin berkongsi pendapat saya sebagai penganut agama Islam..untuk pengatahuan semua..saya hanyalah insan kerdil yang masih cetek ilmunya tetapi ingin berkongsi sesuatu dari ape yang saya tahu..insyaa Allah..balighu anni walau aayath...hal ini demikian kerana saya ternampak satu post di facebook yang dikongsi "share" oleh rakan saya berkenaan dengan seseorang yang telah menghina Islam di akaun "facebook"nya..di sini saya "link"kan akaun facebook tersebut..klik link ini untuk melihat..


saya dengan ini ingin sedikit berkongsi dengan apa yang telah pemilik akaun "facebook" tersebut komenkan tentang pandangannya terhadap agama Islam..PERTAMANYA..dia telah menyatakan Islam agama lucah..


*maaf atas contengan komen itu..

pada pandangan dia..Islam banyak mengajar perkara lucah kerana katanya dalam Al-Quran ada menyentuh hal tersebut..

maka dengan itu saya ingin menjawab bahawa..saya tidak nafikan perkara berkaitan seks ada disebut dalam Islam..akan tetapi..Allah mengingatkan hamba hambaNya untuk menjaga diri dan menjauhkan diri dari perlakuan zina yang haram..seperti yang telah dinyatakan dalam surah An-nur yang menyuruh perempuan2 dan juga lelaki2 yang beriman untuk menjaga pandangan mereka..hal ini adalah untuk mengelakkan perlakuan zina haram..dan Allah juga memberi penyelesaian bagi mengelakkan perkara ini dengan membolehkan perkahwinan..maka dari situ..perkara tersebut dianggap pahala jika menepati dan tidak melanggar apa yang ditetapkan oleh Allah..di dalam kitab suci Al-Quran juga ada ayat yang menyatakan bahawa kita dilarang mendekati zina..ini kerana Allah lebih tahu bahawa dengan mendekati zina tersebut kita akan lebih mudah terjebak ke kancah maksiat..hawa nafsu juga merupan satu godaan syaitan kepada manusia untuk menyesatkan umat Islam kerana mereka (syaitan) telah pon berjanji kepada Allah untuk menyesatkan anak anak adam..

ingin juga saya nyatakan di sini bahawa Al-Quran bukan hanya menyentuh hal dan isu diatas sahaja..kitab suci ini juga menyentuh semua aspek dalam kehidupan kita..seperti muamalat, akhlak, hukum hakam, perkara sejarah dan juga perkara yang akan berlaku seperti hari kiamat..maka dengan itu saya sekali lagi nyatakan bahawa kenyataan "Islam agama lucah" adalah sangat tidak benar..hal ini demikian kerana berlaku salah tafsiran terhadap sesuatu..maka dengan itu..saya mengharapkan jika pemilik akaun facebook tersebut benar2 ingin memahami Islam..mungkin boleh mempelajari ilmu Al-Quran dari seseorang yang pakar.. 
insyaa Alah..

keduanya..dia telahpon menyentuh tentang hukuman dalam Islam..ini adalah komen tersebut..


*ini adalah panyataan tersebut

Islam tidak mengaibkan..bahkan Allah menyatakan dalam Al-Quran bahawa..sesiapa yang menutup aib orang lain..maka Allah akan menutup aibnya di akhirat kelak..maka dengan itu..jawapan saya pada penyataan komen diatas adalah..

1) hukuman dilakukan dikhalayak ramai untuk memberi pengajaran kepada orang lain agar mereka tidak mencuba/melakukan kesalahan yang sama..
2) tidak hanya itu..hukuman yang dijalankan je atas pesalah adalah dengan merahsiakan identiti mereka(*dengan cara menutup muka)..
3) jika pesalah tidak mengaku maka hukuman tidak boleh dijalankan melainkan cukup saksi yang boleh membuktikan mereka adalah pesalah
4) apabila pesalah telah mengaku bersalah dan bertaubat..maka hukuman tersebut  boleh dikhazafkan melainkan pesalah tersebut ingin juga menjalani hukuman tersebut

dan begitulah hukum Allah..sungguh..Islam itu indah :) ..jika ingin lebih tahu tentang hukum hudud..sila klik link ini..


diharapkan apa yang cuba saya kongsikan ini..sampai kepada sesiapa yang membaca..insyaa Allah kita berada pada jalan yang benar.."Allahummah dinassiraatal mustakim, siraatallazi naan'amta a'laihim minan nabiinn wassissiqin wasshuhada'i wassolihin, wahusuna ilaika rafiqa"..saya akhiri dengan sebuah video dari Ustaz Dr MAZA (Asri Zainal Abidin) tentang taubat..


suatu perkongsian..

p/s: salam ingat beringat..jika ada kesalahan.harap ditegur..berdakwah secara berhikmah..insyaa Allah..jika marah dilawan dengan marah..maka api kemarahan akan lebih marak..maka dengan itu.."orang yang paling kuat adalah yang mampu menahan marah"..cubalah kita fahamkan mereka dengan cara yang berhikmah insyaa Allah..

No comments:

Post a Comment